|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kisah-Kisah Mangsa StrokMaju Ke Hadapan
Malam sebelum Lim Chiou Ling kembali bekerja, dia tidak lelap tidur, memikirkan tentang kembali ke ‘dirinya yang dahulu’. “Ini adalah kali pertama dalam masa yang lama, saya merasa begitu gembira, begitu positif. Kembali bekerja adalah sesuatu yang saya impikan tetapi tidak berani mengharap. Namun ada sedikit kebimbangan – mampukah saya bertahan sepanjang hari? Tetapi saya tidak perlu bimbang. Teman-teman sepejabat memberikan sambutan yang sungguh mesra. Saya tidak mendapati keadaan di pejabat menakutkan langsung. Komputer saya menunggu di meja”, kata Chiou Ling, seorang pengaturcara komputer. Kegirangan Chiou Ling mudah difahami kerana kembali bekerja bermakna dia telah berjaya mengatasi halangan-halangan dan kesukaran yang dideritainya akibat strok serebrum. “Selepas strok itu, saya terpaksa menggunakan kerusi roda, pertuturan saya terjejas dan yang paling teruk, saya mengalami masalah penglihatan pada mata kiri. Amat sukar bagi saya menerima keadaan saya pada masa itu. Saya baru berumur 36 tahun dan saya sangka saya sihat. Keadaan yang paling menyedihkan adalah apabila 3 anak-anak saya yang masih kecil tidak berani datang rapat kerana saya kelihatan begitu asing kepada mereka. “ “Menyertai NASAM membantu saya mengatasi kemurungan yang dialami. Saya menjadi lebih terhibur apabila berbicara dengan mangsa-mangsa strok yang lain. Ahli-ahli terapi dan sukarelawan juga banyak memberikan galakan dan sokongan. Memberitahu saya yang saya boleh pulih dari strok adalah apa yang saya perlu dengar pada masa itu – ia memberikan saya insentif tambahan untuk bersenam dengan gigih. Kembali ke Landasan.
Apa yang akan anda lakukan jika doktor anda memberikan anda diagnosis yang menakutkan? Joanne Hooi telah diberikan pilihan di antara hidup dengan barah di dalam otaknya, atau melalui pembedahan yang berbahaya untuk membuang barah itu supaya dapat menghentikan kerosakan yang disebabkannya. Joanna mengambil tindakan nekad dan memilih pembedahan. “Saya memang amat takut – tetapi saya sudah tiada pilihan sebenarnya – sama ada saya hidup dengan kesedaran yang kesihatan saya akan terus merosot, atau saya melalui pembedahan dan mengambil peluang tipis yang kesihatan saya mungkin pulih.” Joanne Hooi. Bertahun-tahun sebelum dia melalui pembedahan, Joanne telah mengalami masalah dengan mata kirinya yang mempunyai penglihatan terbatas dan dia juga mengidap sawan. Selepas hidup dengan keadaan sebegitu selama 12 tahun, dalam tahun 1992, seorang doktor akhirnya mendapati yang terdapat barah dalam otak Joanne. Dua tahun kemudian, doktornya menyarankan agar dia pergi ke Seattle, AS, untuk membuang ketumbuhan itu menggunakan rawatan laser. Menghampakan sekali, pakar tersebut memberitahunya yang ketumbuhan itu tidak boleh dirawat. Tetapi dia tidak berputus asa. Sekembalinya ke Malaysia beliau meneruskan usaha mencari pakar yang mampu merawatnya. Sementara itu, penyakit sawannya menjadi lebih kerap. Akhirnya, dalam tahun 2001, seorang pakar bedah berjaya membuang ketumbuhan itu, tetapi apabila Joanne terjaga dari pembedahan, dia mendapati yang dia tidak dapat menggerakkan bahagian kiri badannya. Dia telah mengalami strok. Sewaktu salah satu lawatannya ke sebuah hospital swastalah, Joanne bertemu dengan ahli fisioterapi NASAM, Sharifah Khiriyah. Melihat yang Joanne berjalan dengan kesukaran selepas strok yang tipikal, Sharifah mencadangkan yang dia menyertai NASAM. “Saya fikir, baiklah saya mencuba. Saya sudahpun berada di jurang yang paling dalam. Sudah hampir setahun selepas pembedahan dan saya masih belum boleh berjalan. Keluarga saya berpindah ke rumah ibu saya kerana saya tidak dapat menjalankan kerja-kerja rumah.” Akhirnya, pada 18 Mac 2003, Joanne berjaya kembali ke sekolahnya, Sekolah Rendah Yu Hua. “Murid-murid dan teman sekerja gembira melihat saya. Gurubesar membuat perubahan khas supaya saya tidak perlu pergi dari kelas ke kelas, tetapi duduk di satu bilik di mana murid-murid datang kepada saya bagi kelas pemulihan Bahasa dan Matematik.” Keluarga Joanne juga kini lebih gembira kerana mereka telah pulang ke rumah sendiri. Hyperrangkai BerkenaanPencegahan Strok
Pemulihan StrokAdalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya » |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||