18 April 2008
CERAMAH MINGGUAN OLEH PEGAWAI KESIHATAN DI NASAM PENANG
Dr Edward Nathan, seorang Pakar Perubatan Cegahan, akan memberikan ceramah mingguan di NASAM Penang dari 24 April 2008. Beliau juga akan memeriksa setiap strokee selama 15 minit jika terdapat masalah perubatan berkaitan strok.
Perkhidmatan tambahan ini disediakan oleh Cik Chan Hong Ee, Pengerusi NASAM Penang. Ceramah untuk kakitangan dan sukarelawan juga dirancang selepas semua strokee diberi perhatian. Terima kasih, Hong Ee, kerana menambahkan perkhidmatan NASAM Penang.
BERITA TERKINI MAJLIS MAKAN MALAM AMAL NASAM AMPANG
Meja untuk makan malam Ulang Tahun ke-5 NASAM Ampang beransur-ansur dibeli. Dengan sasaran jualan 70 meja, sudahkah anda menyumbangkan tenaga untuk majlis makan malam amal “Hi-5 for Life” pada 24 Mei 2008?
Nikmati malam yang penuh kemeriahan beserta jamuan yang enak di Restoran Makanan Laut Mei Keng Fatt di Kuala Ampang di samping menyokong NASAM Ampang.
Selain dari NASAM PJ, NASAM Ampang juga mengalu-alukan kedatangan strokee dan teman sekerja dari kelab-kelab lain.
Harga tiket adalah RM2,000, RM1,500 & RM1,000 bagi setiap meja 10 orang. Hubungi NASAM Ampang di 4256 1234 atau NASAM PJ di 7956 4840 untuk menempah tiket anda sekarang!
GUARDIAN CHARITY WALK
(PERJALANAN AMAL GUARDIAN)
Guardian Charity Walk kembali lagi!
Tarikh : 26 April 2008 (Sabtu)
Masa : 8 pagi
Tempat : Taman Tema Sunway Lagoon
Para strokee, penjaga, sukarelawan dan kakitangan digalakkan hadir memandangkan acara ini adalah untuk membantu NASAM. Semak papan-papan tanda di NASAM PJ dan Ampang.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ke-12 NASAM
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 NASAM akan diadakan pada pukul 4 petang pada 26 April 2008 di NASAM PJ.
Semua ahli NASAM dijemput hadir.
PERPINDAHAN NASAM JB
Dengan kerja-kerja pembaikan hampir siap, NASAM JB sedia untuk berpindah pada hujung bulan ini. Alamat baru NASAM JB ialah 59 Jln Cendera, Serene Park, 80300 Johor Bahru.
Nombor-nombor baru adalah :
Tel : 07-223 0075
Fax: 07-2230076
“WOON CHAI KO” KUKUS
Sesi memasak pada 16 April 2008 minggu ini di NASAM PJ dijalankan di sebelah petang oleh sukarelawan dan juga ahli Lembaga Pengarah Katherine Lam. Hampir semua strokee sesi 3 berpeluang mengadun campuran itu untuk dikukus.
Dijual pada harga RM1 semangkuk, “woon chai ko” tersebut dihidangkan dengan taburan jeruk lobak goreng.
Sebelum itu, strokee sesi pagi dilihat menumbuk dan menghancurkan roti menjadi serbuk sebagai persediaan sesi memasak minggu hadapan.
Hyperrangkai Berkenaan
Pencegahan Strok Apa Itu Strok? Apakah Yang Menyebabkan Strok? Siapakah Yang Berisiko? Apakah Gejala-Gejalanya? Bagaimana Strok Di Diagnos? Kesan-Kesan Strok
Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Strok?
Mengurangkan Risiko Strok Berulang
Pemulihan Strok
Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya » Fisioterapi Terapi Cara Kerja Terapi Pertuturan Kaunseling
|