Home > Mengenai NASAM > NASAM Ekspres > 27 June 2008

27 June 2008

“PENGEMBARAAN ARKEOLOGI” PARA STROKEE

Dua puluh strokee, penjaga & sukarelawan NASAM PJ meluangkan petang 11 Jun 2008 menonton filem “Indiana Jones in the Kingdom of the Crystal Skull”. Sambil duduk di kerusi empuk pawagam GSC Golden Screens di Mid-Valley Megamall, mereka bersedia untuk pengembaraan arkeologi yang dialami Indiana Jones dan rakan-rakannya.

SELAMAT TINGGAL, CECILIA

Para Strokee NASAM Ampang mengadakan jamuan perpisahan untuk Ahli Terapi Pertuturan Cecilia Santiago pada 13 Jun 2008. Antara mereka yang hadir adalah Presiden baru Kelab Rotari Ampang, Mr Sunny Low, dengan teman-teman Rotari, Vincent & Horst. Mr Sunny Low menjanjikan derma sebanyak RM10,000 dari Kelab Rotari Ampang untuk projek Terapi Pertuturan.

Para strokee mendendangkan 2 buah lagu untuk Cecilia. Fisio bertugas, Annie, menyampaikan ucapan pendek sementara peserta terapi pertuturan juga mengucapkan sepatah dua kata. Suasana menjadi penuh emosi sewaktu Annie mempersembahkan hadiah kepada Cecilia bagi pihak  strokee.

Kami mendoakan Cecilia dan suaminya semoga berjaya dalam memulakan kehidupan baru di UK.

DVD MAJLIS MAKAN MALAM NASAM AMPANG

Mereka yang ketinggalan Majlis Makan Malam “Hi-5 for Life” sempena Ulang Tahun NASAM Ampang baru-baru ini, kini boleh menyaksikan keseluruhan program malam tersebut dari DVD.

DVD ini boleh didapati dengan harga RM5 sekeping. Sila hubungi NASAM PJ atau NASAM Ampang untuk menempah salinan anda.

PARA STROKEE DALAM ‘SHAPE”

Pada 24 Jun 2008, strokee-strokee NASAM PJ Rashidah, May dan Madam Soh telah ditemuramah oleh Michele Lian untuk SHAPE, sebuah majalah kesihatan untuk wanita.

Mereka berkongsi pengalaman mereka sebagai mangsa strok  dari perspektif wanita. Anda boleh membacanya dalam SHAPE isu September 2008.

BUKIT-BUKAU RIUH RENDAH…

Dengan suara-suara girang 70 orang strokee, penjaga, sukarelawan dan kakitangan NASAM Ampang & PJ dari 24 ke 26 Jun 2008.

Lawatan ke Cameron Highlands yang dirancang dengan teliti ini, berjalan lancar dengan semua orang membantu menyediakan barbeku pada hari yang pertama. Suasana sungguh meriah dengan usik mengusik dan gelak ketawa dalam keseronokan jamuan malam itu.

Di antara tempat menarik yang dikunjungi adalah kebun pelbagai tanaman, taman ros, ladang teh, ladang penternakan lebah madu dan juga taman KEA, di mana semua orang begitu seronok membeli sayur-sayuran segar. 

Dalam perjalanan pulang pada 26 Jun 2008, mereka singgah di NASAM Ipoh. Menyambut kedatangan mereka adalah Michael, ahli Fisio dan juga Maureen, Pembantu Tadbir.

Rombongan ini mengumpul  57 biji limau bali, 36 ekor ayam bakare bersalut garam, dan 40 peket biskut sebelum pulang dengan selamat. 

 

Hyperrangkai Berkenaan

Pencegahan Strok

  • Apa Itu Strok?
  • Apakah Yang Menyebabkan Strok?
  • Siapakah Yang Berisiko?
  • Apakah Gejala-Gejalanya?
  • Bagaimana Strok Di Diagnos?
  • Kesan-Kesan Strok
  • Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Strok?
  • Mengurangkan Risiko Strok Berulang
  •  

    Pemulihan Strok

    Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya »

  • Fisioterapi
  • Terapi Cara Kerja
  • Terapi Pertuturan
  • Kaunseling
  •  

    Mengenai Strok

     
     
  • Sejarah NASAM
  • Misi & Visi NASAM
  • Aktiviti-Aktiviti NASAM
  • Pusat-Pusat NASAM
  • Kisah-Kisah Mangsa Strok
  • Sukarelawan NASAM
  • Keahlian NASAM
  • NASAM Exspress
  • Dermaan
  •  

    Laman Web Ini Di Taja Oleh BP Malaysia
     

    Pusat-Pusat NASAM

     
     

    Pusat-pusat NASAM berfungsi sebagai tempat di mana mangsa-mangsa strok boleh membantu diri mereka dalam proses pemulihan, untuk berinteraksi dengan mangsa-mangsa yang lain, dan untuk mendapatkan maklumat serta sokongan kumpulan bagi diri mereka dan juga penjaga mereka.

     
     
  • Petaling Jaya
  • Ampang
  • Penang
  • Perak
  • Malacca
  • Sabah
  • Johor
  • Kuantan

  • 03 7956 4840
  • 03 4256 1234
  • 04 229 8050
  • 05 321 1089
  • 06 231 0177
  • 08 826 1568
  • 07 223 0075
  • 09 566 8195
  •  


    Mengenai NASAM | Pencegahan Strok | Pemulihan Strok | Hubungi Kami

     

    © National Stroke Association of Malaysia (NASAM). Hakcipta Terpelihara. Direka oleh ra°