|
|||||||||||||||||||||
4 Julai 2008PESTA MAKANAN DAN KEMERIAHAN 2008 (FOOD & FUN FAIR 2008)Ingat tarikh ini – 24 Ogos 2008 (Ahad) di Taman Jaya, Petaling Jaya. Sumbangan (wang atau barangan) amat dialu-alukan oleh strokee dan teman-teman. Berikan sekarton minuman, makanan dalam tin atau sumbangkan hidangan (halal) untuk dijual pada hari Pesta. Sumbangan yang sedikit dari setiap orang akan banyak membantu kita untuk mencapai sasaran. Sila temui Alice Lee untuk surat rayuan atau menyerahkan sumbangan anda. PENGHAYATAN ALAMPara Strokee NASAM JB meluangkan pagi 30 Jun 2008 dengan berjalan menghayati alam di Hutan Bandar. Mereka berjalan di bawah naungan nyaman pokok-pokok kanopi besar sambil melihat orkid-orkid yang cantik dan pemandangan enam buah tasik. Sebelum pulang ke pusat NASAM, mereka menikmati makan tengahari di sebuah restoran berdekatan. Aktiviti ini sudah tentu perubahan yang baik dari rutin harian kerana strokee dapat menjalankan senaman harian mereka dalam suasana semulajadi PROSPEK PEKERJAAN DI CARREFOURBerikutan artikel di akhbar berkenaan inisiatif Carrefour mengambil OKU bekerja baru-baru ini; pada 2 Julai 2008, Pengurus Sumber Manusia mereka, En Mohd Rizal Omar menemuduga 4 strokee di NASAM PJ dan Ampang yang telah menyatakan hasrat untuk mencari pekerjaan. Mereka adalah: Chow Suet Meng (PJ), Kennedy, Liau Kim Chan & Yap Chee Hong (Ampang). Selain dari bertanyakan latar belakang mereka, En Rizal juga menilai tahap masalah mereka supaya beliau dapat menyesuaikan tugas dengan kebolehan mereka. En Rizal berkongsi komitmen Carrefour untuk memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang kurang upaya dan menekankan yang misi jangka panjang syarikat itu adalah untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Terima kasih, Carrefour, dan kami menantikan tawaran bagi mereka yang berminat. NASAM KE UDARAMalam tadi, NASAM PJ dipaparkan di Galeri Perdana Mandarin RTM 2. Hari ini, krew TV3 merakamkan para strokee sesi 3 beraksi dan Tracy Chan, Penyelaras Pemulihan kita, akan muncul secara langsung dalam Malaysia Hari Ini, awal pagi Selasa depan (8 Julai 2008). Pastikan anda menyaksikannya. PENUTUPAN SEMENTARA NASAM MELAKAOleh kerana Imtiyaz, Fisio bertugas NASAM Melaka akan bercuti panjang dan tiada pengganti yang sesuai, pusat ini akan ditutup dari 9 Julai ke 17 Ogos 2008. Para strokee telah diberitahu mengeai penutupan sementara ini dan diingatkan untuk terus mengamalkan senaman mereka di rumah. Begitu menggalakkan melihat mereka membuat rancangan untuk saling berkunjung untuk senaman harian mereka. Sementara itu, kontrak Pn Nathan (Pembantu Tadbir) telah berakhir pada 30 Jun 2008. Beliau akan pergi bercuti dan kemudiannya akan membantu secara sukarela di pusat NASAM. Kami mengucapkan selamat kepada beliau. Hyperrangkai BerkenaanPencegahan Strok
Pemulihan StrokAdalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya » |
|
||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||