Home > Mengenai NASAM > NASAM Ekspres > 25 July 2008

25 July 2008

SUMBANGAN DARI KELAB ROTARI AMPANG

Pada 13 Julai 2008, Chitra Dass dari NASAM Ampang menghadiri persembahan konsert amal oleh Orkestra Dewan Hale St. Mary dari Perth (75 ahli) bersama bahagian muzik sekolah Sri Cempaka, Cheras. Sejumlah RM20,000 dijanjikan, RM10,000 dari Kelab Rotari Ampang dan RM10,000 lagi oleh Dato’ Hamzah, pasangan Datin Freida Mohd Pilus, pengasas sekolah tersebut.

Jutaan terima kasih kepada Kelab Rotari Ampang, Dato’ Hamzah dan Datin Freida.

PESTA MAKANAN DAN KEMERIAHAN 2008 (FOOD & FUN FAIR 2008)

NASAM Ipoh akan mengadakan Pesta Makanan dan Kemeriahan mereka pada 12 Oktober 2008 di premis kelab mereka. Banyak hidangan termasyhur Ipoh seperti ayam garam, buah limau bali, sayur-sayuran segar, dll akan disediakan.

Sementara itu, hanya 4 minggu sahaja lagi ke Pesta Makanan dan Kemeriahan di Petaling Jaya pada 24 Ogos 2008. Gerai-gerai yang telah ‘confirm’ termasuk nasi ayam (habis licin tahun lepas), pokok orkid yang menawan, ais kacang, kuih bulan yang enak, kuetiaw goreng (ihsan dari Heah Hock Heng, seorang penyokong NASAM), nasi lemak wangi, gerai makanan Thai dan banyak lagi. Jadi, dapatkan kupon Pesta anda dari Alice (PJ) ataupun Chitra (Ampang) hari ini, dan sebarkan khabar ini kepada teman-teman, keluarga dan jiran tetangga.

PENYELARAS PEMULIHAN TIADA

Tracy Chan, Penyelaras Pemulihan, akan ke luar negara dari 18 Julai ke 16 Ogos 2008 untuk mengikuti pengajian lepas ijazah. Sujan akan mengambil alih sepanjang ketiadaannya.

Kami mendoakan Tracy berjaya dalam pengajiannya.

SIN CHEW MELAWAT NASAM JB

Wakil-wakil dari Sin Chew Jit Poh melawat NASAM JB pada 22 Julai 2008 dan pulang kagum dengan para strokee yang memberitahu mereka mula tiba di NASAM dengan kerusi roda dan kini boleh berjalan tanpa sebarang bantuan. Malah, seorang strokee sudah boleh memandu semula.

Melayan para pemberita adalah ahli-ahli Jawatankuasa NASAM JB yang diketuai oleh En. Phoon Chee Yap selaku Pengerusi. Para pemberita menyaksikan strokee menjalankan terapi tangan dan riadah berkumpulan. Mereka juga menemuramah strokee Ang Meng Seng dan mengambil gambar strokee Victor Tan memandu keretanya. Antara lain, En Phoon mengetengahkan fungsi NASAM dalam membantu strokee pulih dan pulang ke pangkuan masyarakat, usaha kutipan derma kami, jenis-jenis terapi yang ditawarkan, program bantuan kami, motivasi/kaunseling untuk penjaga, sesi lawatan untuk strokee. Beliau juga menggalakkan sukarelawan menawarkan khidmat di NASAM JB.

LAWATAN KE KUKUP

Fisio Qamer dan Pembantu Pemulihan Nalini membawa 15 strokee dan penjaga ke Kukup, sebuah perkampungan nelayan yang terkenal, lebih kurang 80 km dari JB, pada pagi 23 Julai 2008. Para strokee pergi ke kuil untuk sembahyang sebelum berjalan ke pasar berdekatan. Ini diikuti dengan makan tengahari. Selepas itu, semua orang membeli belah makanan laut kering dan basah.

Lawatan ini berakhir pada jam empat petang. Semua orang begitu seronok dengan lawatan ini, sehingga mereka telah mula merancang rombongan bulan hadapan.

 

Hyperrangkai Berkenaan

Pencegahan Strok

  • Apa Itu Strok?
  • Apakah Yang Menyebabkan Strok?
  • Siapakah Yang Berisiko?
  • Apakah Gejala-Gejalanya?
  • Bagaimana Strok Di Diagnos?
  • Kesan-Kesan Strok
  • Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Strok?
  • Mengurangkan Risiko Strok Berulang
  •  

    Pemulihan Strok

    Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya »

  • Fisioterapi
  • Terapi Cara Kerja
  • Terapi Pertuturan
  • Kaunseling
  •  

    Mengenai Strok

     
     
  • Sejarah NASAM
  • Misi & Visi NASAM
  • Aktiviti-Aktiviti NASAM
  • Pusat-Pusat NASAM
  • Kisah-Kisah Mangsa Strok
  • Sukarelawan NASAM
  • Keahlian NASAM
  • NASAM Exspress
  • Dermaan
  •  

    Laman Web Ini Di Taja Oleh BP Malaysia
     

    Pusat-Pusat NASAM

     
     

    Pusat-pusat NASAM berfungsi sebagai tempat di mana mangsa-mangsa strok boleh membantu diri mereka dalam proses pemulihan, untuk berinteraksi dengan mangsa-mangsa yang lain, dan untuk mendapatkan maklumat serta sokongan kumpulan bagi diri mereka dan juga penjaga mereka.

     
     
  • Petaling Jaya
  • Ampang
  • Penang
  • Perak
  • Malacca
  • Sabah
  • Johor

  • 03 7956 4840
  • 03 4256 1234
  • 04 229 8050
  • 05 321 1089
  • 06 288 1641
  • 08 826 1568
  • 07 223 0075
  •  

    Mengenai NASAM | Pencegahan Strok | Pemulihan Strok | Hubungi Kami

     

    © National Stroke Association of Malaysia (NASAM). Hakcipta Terpelihara. Direka oleh ra°