Home > Mengenai NASAM > NASAM Ekspres > 26 September 2008

26 September 2008

MASIH ADA KEHIDUPAN SELEPAS STROK

Pengerusi dan Pengasas, Janet Yeo, meluangkan 45 minit pada 25 September 2008 berbual dengan 3 strokee sesi petang baru di NASAM PJ. Beliau berkongsi pengalaman peribadinya menghadapi strok di samping menyentuh persoalan redha dan emosi. Beliau menghulurkan kata-kata semangat, mengingatkan mereka agar terus berusaha kerana masih ada kehidupan selepas strok. Para strokee amat menghargai keprihatinan Janet.

FOOD & FUN FAIR NASAM IPOH

Food & Fun Fair NASAM Ipoh akan diadakan di premisnya di No : 9 Lorong Pinji, off Jln Pasir Puteh, Ipoh pada 12 Oktober 2008. Pastikan anda singgah untuk menikmati makanan istimewa dari Ipoh yang terkenal di samping membeli sayur-sayuran segar dari Cameron Highlands.

Kumpulan kraf juga menawarkan sejumlah barangan buatan tangan yang menarik. Oleh itu, datanglah untuk memberikan sokongan.

KEAZAMAN STROKEE

Para strokees di NASAM Melaka menunjukkan keazaman mereka dengan tidak meninggalkan latihan terapi sewaktu Ahli Fisoterapi mereka, Imtiyaz, bercuti selama sebulan dalam bulan Julai/ Ogos 2008. Beberapa strokee telah menawarkan rumah mereka dan mereka bertemu setiap hari untuk menjalankan latihan harian. Azam dan komitmen dari pihak strokee memberikan harapan cerah kepada pemulihan mereka. Syabas kepada para strokee!

PERPINDAHAN NASAM MELAKA

Selepas cuti Hari Raya yang akan datang, NASAM Melaka akan beroperasi dari premis sementara berdekatan tempat sekarang sementara menunggu masa berpindah ke rumah baru di Jln Datuk Palembang yang akan diubahsuai dalam masa terdekat ini.

NASAM ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Kamsiah Mohammad Bostock yang telah menawarkan NASAM Melaka penggunaan rumah sekarang, tanpa bayaran, selama lebih dari 5 tahun, sempena Allahyarham ibu dan bapanya. Kamsiah merupakan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengarah NASAM yang pertama.

LAWATAN PRESIDEN ROTARI BARU

Presiden baru Yayasan Kelab Rotari Tebrau, En Gerald Quinton Rao, mengiringi Gabenor Daerah Antarabangsa Rotari 2008 - 2009 Daerah 3310, En Edward Burongoh dan ahli Rotari yang lain dalam lawatan ke NASAM Johor pada 11 September 2008. Pengerusi NASAM JB, En Phoon Chee Yap dan kakitangannya memberikan mereka layanan mesra.

Para pengunjung melawat pusat itu dan memerhatikan sesi terapi yang sedang dijalankan di samping berbual dengan para strokee. Mereka seronok melihat plak Pembukaan Rasmi Kelab Rotari di dinding kerana ini menandakan inisiatif mereka menubuhkan Kelab Strok Rotari yang kini menjadi NASAM JB.

LAWATAN KUMPULAN TERAPI PERTUTURAN KE TAMAN ORKID

Pada 22 September 2008, lebih kurang 20 peserta terapi pertuturan, penjaga dan sukarelawan dari NASAM PJ melawat Taman Orkid. Tujuan lawatan sosial ini adalah untuk memberi peluang peserta terapi pertuturan menghayati alam sekitar, orkid-orkid yang cantik, dan kemudiannya membincangkan pengalaman itu. Tentu sekali, senaman dari berjalan-jalan pada hari itu juga bermanfaat kepada para peserta terapi pertuturan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

kepada ahli-ahli dan sahabat NASAM.

 

Hyperrangkai Berkenaan

Pencegahan Strok

  • Apa Itu Strok?
  • Apakah Yang Menyebabkan Strok?
  • Siapakah Yang Berisiko?
  • Apakah Gejala-Gejalanya?
  • Bagaimana Strok Di Diagnos?
  • Kesan-Kesan Strok
  • Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Strok?
  • Mengurangkan Risiko Strok Berulang
  •  

    Pemulihan Strok

    Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya »

  • Fisioterapi
  • Terapi Cara Kerja
  • Terapi Pertuturan
  • Kaunseling
  •  

    Mengenai Strok

     
     
  • Sejarah NASAM
  • Misi & Visi NASAM
  • Aktiviti-Aktiviti NASAM
  • Pusat-Pusat NASAM
  • Kisah-Kisah Mangsa Strok
  • Sukarelawan NASAM
  • Keahlian NASAM
  • NASAM Exspress
  • Dermaan
  •  

    Laman Web Ini Di Taja Oleh BP Malaysia
     

    Pusat-Pusat NASAM

     
     

    Pusat-pusat NASAM berfungsi sebagai tempat di mana mangsa-mangsa strok boleh membantu diri mereka dalam proses pemulihan, untuk berinteraksi dengan mangsa-mangsa yang lain, dan untuk mendapatkan maklumat serta sokongan kumpulan bagi diri mereka dan juga penjaga mereka.

     
     
  • Petaling Jaya
  • Ampang
  • Penang
  • Perak
  • Malacca
  • Sabah
  • Johor

  • 03 7956 4840
  • 03 4256 1234
  • 04 229 8050
  • 05 321 1089
  • 06 288 1641
  • 08 826 1568
  • 07 223 0075
  •  

    Mengenai NASAM | Pencegahan Strok | Pemulihan Strok | Hubungi Kami

     

    © National Stroke Association of Malaysia (NASAM). Hakcipta Terpelihara. Direka oleh ra°