Aktiviti-Aktiviti NASAM
Aktiviti-aktiviti pemulihan

Untuk membantu mangsa strok dengan proses pemulihan mereka, NASAM menjalankan sesi-sesi pemulihan yang merangkumi fisioterapi, terapi cara kerja dan pertuturan. Sesi-sesi ini dijalankan oleh ahli-ahli terapi, dibantu oleh sukarelawan terlatih.
Matlamat mereka adalah untuk membantu mangsa strok mendapatkan kembali keyakinan diri dan kemandirian dengan memberikan mereka motivasi dan membantu mereka membantu diri sendiri.
Aktiviti-aktiviti ko-kurikular

Pelbagai aktiviti dari memasak, seni kraftangan, menyanyi, muzik dan pergerakan serta permainan juga dimasukkan ke dalam aktiviti harian untuk mengoptimakan kebolehan mangsa strok dan menggalakkan mereka menikmati kehidupan walaupun terpaksa hidup dengan kesan-kesan strok.
Kaunseling
Selain dari kecacatan fizikal yang lebih ketara, kesan strok juga melemahkan semangat. Kemurungan, kegelisahan, kemarahan, tidak percaya dan “Kenapa aku?” adalah beberapa simptom yang akan melambatkan proses pemulihan. Kaunseling bermakna mendengar luahan mangsa strok dengan cara yang tenang dan tanpa menghukum. Membolehkan mereka mencari kelegaan dan memperkuatkan kepentingan pandangan dan kepentingan diri mereka sendiri.
Di bawah program latihan NASAM, para sukarelawan diajar kemahiran kaunseling asas supaya mangsa strok akan dapat beransur mengatasi halangan-halangan psikologi kepada pemulihan keseluruhan mereka. Kadangkala, kaunseling juga diberikan kepada ahli-ahli keluarga yang mengalami kesukaran menghadapi atau menyesuaikan diri dengan tanggungjawab yang telah merubah kehidupan mereka dalam menjaga seorang mangsa strok.
Pendeknya, pusat-pusat NASAM berfungsi sebagai tempat bagi mangsa-mangsa strok membantu diri mereka dalam proses pemulihan, untuk berinteraksi dengan mangsa-mangsa yang lain, untuk mendapatkan maklumat dan sokongan kumpulan bagi diri mereka dan juga penjaga mereka.
Aktiviti-aktiviti lain:
Ceramah dan forum.

Objektif NASAM untuk meningkatkan kesedaran am mengenai strok adalah pendorong ceramah-ceramah dan forum-forum kami. Dibuka kepada umum, NASAM menjemput doktor-doktor perubatan, dan pakar-pakar berkaitan strok yang lain untuk berkongsi maklumat mengenai pencegahan dan pemulihan strok.
Minggu Kesedaran Strok
Ini adalah sebuah acara tahunan di mana kami menganjurkan kempen kebangsaan selama seminggu, untuk meningkatkan kesedaran am mengenai risiko strok dan untuk menggalakkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah positif untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat bagi mengurangkan risiko strok.
Program ini termasuklah acara pelancaran awam untuk menggalakkan orang ramai agar lebih aktif secara fizikal, forum-forum yang diadakan di beberapa pusat bandar, rancangan temubual di television dan radio, serta hari terbuka di pusat-pusat kami.
Mengumpul Derma
NASAM bergantung kuat kepada kemurahan hati rakyat Malaysia untuk membiayai aktiviti-aktivitinya. Yuran nominal yang dikenakan kepada para ahli tidak cukup untuk membayar kos operasi semua pusat-pusat kami. Untuk mendapatkan dana, kami juga menganjurkan acara-acara seperti Pesta Makanan dan Permainan tahunan secara aktif.
Hyperrangkai Berkenaan
Pencegahan Strok Apa Itu Strok? Apakah Yang Menyebabkan Strok? Siapakah Yang Berisiko? Apakah Gejala-Gejalanya? Bagaimana Strok Di Diagnos? Kesan-Kesan Strok
Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Strok?
Mengurangkan Risiko Strok Berulang
Pemulihan Strok
Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya » Fisioterapi Terapi Cara Kerja Terapi Pertuturan Kaunseling
|