|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah NASAM Sebuah artikel berkenaan pemulihan menakjubkan Janet Yeo, Pengerusi and Pengasas NASAM, dari strok, yang disiarkan di suratkhabar berbahasa Inggeris dalam tahun 1995, adalah katalis/pemangkin yang membawa kepada penubuhan NASAM.
Mereka bertemu sebulan sekali di pejabatnya, tetapi dengan cepat mendapati yang belas kasihan sahaja tidak memadai. Dalam tahun 1996, dengan sokongan teman-teman dan para sukarelawan, kumpulan sokongan ini mendaftarkan diri mereka dengan Pendaftar Persatuan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan amal yang dikenali sebagai Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia atau NASAM. Dua objektif utama NASAM adalah:
Hari ini, NASAM mengoperasikan tujuh pusat pemulihan: di Petaling Jaya, Ampang, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Sabah dan Johor. Misi jangka panjang NASAM adalah untuk menjadikan pemulihan strok boleh dicapai kepada sebanyak mungkin mangsa strok, terutamanya kepada mereka yang miskin dan tinggal di kawasan pedalaman. Pesanan NASAM kepada orang awam adalah: Ada Kehidupan Selepas Strok melalui usaha pemulihahan yang teratur. Hyperrangkai BerkenaanPencegahan Strok
Pemulihan StrokAdalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya » |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||