|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemulihan Strok.
Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Membantu penjaga menghadapi cabaran. Ramai orang merasa agak kurang pasti bagaimana mereka akan menghadapi cabaran menjaga mangsa strok di rumah. Jika anda adalah penjaga yang utama, perkara-perkara yang paling penting adalah untuk:
Mengapa Pemulihan?Matlamat-matlamat pemulihan adalah untuk memperbaiki fungsi dan mendapat sebanyak mungkin kemandirian yang boleh. Seperti juga setiap strok memberi kesan yang berbeza kepada seseorang, jenis-jenis pemulihan yang diperlukan juga berbeza dari seorang ke seorang. Apa itu Pemulihan?Pemulihan merangkumi berbagai perkhidmatan termasuk terapi pertuturan, fizikal, cara kerja dan rekreasi dan aktiviti berkumpulan. Pakar-pakar yang menyediakan perkhidmatan ini membantu mangsa strok bercakap/ bertutur semula, berjalan semula dan mendapatkan kembali kemahiran lain yang dipunyainya sebelum mengalami strok. Mereka juga membantu mangsa strok mempelajari cara baru berbuat sesuatu untuk mengimbangi kemahiran yang telah hilang. Maklumat Mengenai Pemulihan.Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan; lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa strok untuk pulih.
Hyperrangkai BerkenaanPencegahan Strok |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||