Home > Pencegahan Strok > Siapakah Yang Berisiko?

Siapakah Yang Berisiko?

  1. Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk: Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dinding-dinding arteri.
  2. Diet. Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.
  3. Penyakit kencing manis (Diabetes). Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok.
  4. Pernah mengalami TIA. Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya.
  5. Fibrilasi atrium. Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak.
  6. Merokok. Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi.
  7. Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
  8. Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah.

Faktor-faktor risiko yang tidak boleh dikawal.

  1. Umur. Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yang berumur di atas 55 tahun, dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Ini mungkin kerana arterosklerosis mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.
  2. Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65.
  3. Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko, mungkin kerana faktor-faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.

Hyperrangkai Berkenaan

Pemulihan Strok

Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya »

  • Fisioterapi
  • Terapi Cara Kerja
  • Terapi Pertuturan
  • Kaunseling
  •  

     

    Pencegahan Strok

     
     
  • Apa Itu Strok?
  • Apakah Yang Menyebabkan Strok?
  • Siapakah Yang Berisiko?
  • Apakah Gejala-Gejalanya?
  • Bagaimana Strok Di Didagnos?
  • Kesan-Kesan Strok
  • Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Strok?
  • Mengurangkan Risiko Strok Berulang
  •  

    Laman Web Ini Di Taja Oleh BP Malaysia
     

    Pusat-Pusat NASAM

     
     

    Pusat-pusat NASAM berfungsi sebagai tempat di mana mangsa-mangsa strok boleh membantu diri mereka dalam proses pemulihan, untuk berinteraksi dengan mangsa-mangsa yang lain, dan untuk mendapatkan maklumat serta sokongan kumpulan bagi diri mereka dan juga penjaga mereka.

     
     
  • Petaling Jaya
  • Ampang
  • Penang
  • Perak
  • Malacca
  • Sabah
  • Johor

  • 03 7956 4840
  • 03 4256 1234
  • 04 229 8050
  • 05 321 1089
  • 06 288 1641
  • 08 826 1568
  • 07 223 0075
  •  

    Mengenai NASAM | Pencegahan Strok | Pemulihan Strok | Hubungi Kami

     

    © National Stroke Association of Malaysia (NASAM). Hakcipta Terpelihara. Direka oleh ra°